Nota dari Pengarang


Lanjutan Catatan Ummi yang terbaru mungkin tidak selari dengan episod sebelum. Mohon maaf atas kekhilafan saya. Insya Allah saya akan menyusun semula siri ini supaya lebih tersusun. Terima Kasih.


Dari papan kekunci pengarang,
RAHMAH SAKINAH | 2:12 PM |

Saturday, September 26, 2009

::104::

Lama Hadi termenung selepas membaca Catatan Ummi berkenaan perbincangan halaqah keluarga. ‘Aku ni anak yang bagaimana, ya?’ tercetus soalan itu dibibirnya. Kalau bukan kerana baba yang sentiasa bertanyakan perkembangan diskusi mingguan dan program berkaitan, Hadi memang mahu mengelakkan diri. Baba dan ummi, kedua-duanya maklum dengan keliatan Hadi dengan tarbiyah. Jika Hadi cuti sendirian tanpa Hada, memang baba perlu aturkan segalanya untuk Hadi.

Hada sering mengejek Hadi. Bukan Hadi tidak tahu, Hada memang sengaja kerana Hada memahami fitrah abangnya yang pantang dicabar. Selalu juga menyebabkan amukan Hadi. Walau dimarahi ummi dan baba, Hada tetap suka mengejek-ejek Hadi akan sikapnya yang tidak ubah seperti kera sumbang. Siapa suruh berkurung dalam rumah sahaja? Itulah persoalan yang akan dilemparkan Hada setiap kali mereka bertekak. Masing-masing tidak pernah mahu kalah.

Kadang-kadang Hadi menjadikan ketiadaan Hada untuk tidak memenuhi jadual yang baba aturkan untuknya. Sekali lagi dijadikan modal oleh Hada untuk mengata Hadi. Terlalu bergantung, penakut, anti-sosial dan macam-macam lagi akan Hada lontarkan padanya. Hadi tetap dengan sikapnya selepas bertekak beberapa lama. Dan Hada, selepas habis modal cuma akan berkata bahawa Hadi akan menyesal suatu hari nanti.

Bukan Hadi tidak tahu tanggungjawab dakwah. Semua itu sudah melekat di ingatannya. Kehadiran Hadi amat cemerlang dalam program tarbiyah kampus sama cemerlang dengan pelajarannya tetapi sikapnya apabila kembali ke rumah tidak pernah bertukar. Berbanding Hada, baba terpaksa hadkan kegiatannya. Ada saja perkara yang mahu dilakukan. Dengan Hadi, baba suruh keluar. Hada pula kadang-kadang baba kenakan sekatan.

Akhirnya Hadi buat keputusan mahu berbicara dengan Hada. Tentu Hada gembira dengan apa yang bakal disembangkan nanti. Tidak dapat Hadi bayangkan reaksi Hada sambil tangannya menekan entri Catatan Ummi seterusnya secara rawak.

2 Comments:

Anonymous ummuzaqeera@yahoo.com said...

salam..lama dah x amsuk blog ni..ada pnambahan entri rupanya...bestnya..tahniah kak..

10:05 AM  
Anonymous Rahmah Sakinah said...

w'slm wr wb..
ya, selagi diizinkan Allah akan cuba asah hingga selesai jua karya ini. :)

terima kasih kerana masih mengikuti kisah ini.

1:36 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home