Nota dari Pengarang


Lanjutan Catatan Ummi yang terbaru mungkin tidak selari dengan episod sebelum. Mohon maaf atas kekhilafan saya. Insya Allah saya akan menyusun semula siri ini supaya lebih tersusun. Terima Kasih.


Dari papan kekunci pengarang,
RAHMAH SAKINAH | 2:12 PM |

Friday, August 28, 2009

::102::

Kesabaran Hadi menipis. Tidak sanggup lagi dia mengorbankan masa untuk membelek satu demi satu episod catatan Umm Hadi. Sebelum in pun ada catatan yang dia biarkan tidak dibaca. Sengaja dilangkau-langkaunya.

'Mana mungkin aku larat membaca kesemua catatan. Umm Hadi mula menulis pun tahun 2004. Sekarang sudah 2030,' fikir Hadi seraya meneruskan pembacaan dan penerokaannya.

"Eh, bila ya ulangtahun perkahwinan ummi dan baba? Alamak! Lupa pula... Nak tanya ummi, malu. Hada entah bila nak jumpa," hati Hadi bersuara. Dia mengeluh perlahan.

Hada jarang pulang ke rumah. Cuti pun dia tidak lekat di rumah. Kalau dilihat berada di rumah, tentu kerana permintaan khusus ummi dan baba. Itu pun sesekali sahaja. Balik kampung juga begitu. Hada amat ligat tetapi baba dan ummi tidak banyak soal. Jad dan jaddah pula selalu memberikan Hada wang poket.

Hadi? Asalkan ada peluang, pasti dia berkurung di rumah. Waktu Hada cuti, dia akan baba lantik sebagai pemandu rasmi Hada serta rakan-rakannya. Jika agenda Hada melibatkan lelaki, Hada akan memaksa Hadi sertai. Jika tidak, Hadi terpaksa mencari ruang untuk menunggu Hada. Selalunya Hadi kembali ke rumah sementara Hada bersama rakan-rakannya.

Hadi kembali menumpukan perhatian pada kronologi catatan Umm Hadi.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home