Nota dari Pengarang


Lanjutan Catatan Ummi yang terbaru mungkin tidak selari dengan episod sebelum. Mohon maaf atas kekhilafan saya. Insya Allah saya akan menyusun semula siri ini supaya lebih tersusun. Terima Kasih.


Dari papan kekunci pengarang,
RAHMAH SAKINAH | 2:12 PM |

Friday, August 21, 2009

::101::

Rupanya sudah lama baba tidak menjenguk Catatan Ummi. Patutlah tiada sebarang ulasan akan perkara-perkara yang ummi tulis kebelakangan ini. Pengunjung lama sesawang ummi cuma beberapa orang termasuk baba. Mudahlah ummi kesan siapa yang berkunjung.

Baba dan ummi masing-masing mempunyai komputer. Ummi tahu baba berkunjung melalui data bilangan pengunjung. Baik IP pejabat, rumah atau di mana sahaja baba akses internet, ummi maklum. Tidak ada tanda-tanda baba ada berkunjung akhir-akhir ini. Maknanya tindakan baba mengatur temujanji dengan doktor pakar bukan kerana dia membaca Catatan Ummi.

Bila ummi selidik, rupanya ada seseorang yang bersimpati dengan kami. Saudara baba juga. Dia dapat tahu kejadian tempoh hari. Lagipun selepas kejadian itu, baba tidak lagi memenuhi undangan ke rumahnya. Baba cuma berziarah pada waktu lapang. Manalah tidak buat orang tertanya-tanya.

Saudara baba ada kenalan di hospital swasta lalu memaksa baba menerima tawarannya membiayai khidmat pakar. Kata baba, dia sudah menolak macam yang dibuatnya pada ummi. Tetapi saudara baba lebih panjang akalnya. Dia mengatur acara makan tengahari yang menjadi asbab baba berkenalan dengan pakar tersebut. Sekali lagi tawaran dibuat dan baba tetap menolak.

Penolakan baba menyebabkan dia dikejar oleh pakar berkenaan. Ketawa ummi meletus dengan kenyataan itu. Baba kemudiannya menerima dengan meminta pemeriksaan dibuat ke atasnya terlebih dahulu sebelum dia melibatkan ummi. Aduhai, baba terlalu melindungi ummi. Hanya apabila keadaan baba disahkan sihat baharulah baba aturkan temujanji untuk ummi.

Ummi terharu dengan apa yang telah baba lakukan. Segala maklumat ummi yang diperlukan sudah baba sampaikan terlebih dahulu. Baba cuma bawa ummi untuk tujuan ujian makmal. Itupun ummi tidak dibiar bersendirian. Baba sentiasa menemani. Ummi lihat wajah baba seakan bersedia dengan apa jua keputusannya nanti.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home