Nota dari Pengarang


Lanjutan Catatan Ummi yang terbaru mungkin tidak selari dengan episod sebelum. Mohon maaf atas kekhilafan saya. Insya Allah saya akan menyusun semula siri ini supaya lebih tersusun. Terima Kasih.


Dari papan kekunci pengarang,
RAHMAH SAKINAH | 2:12 PM |

Saturday, February 23, 2008

::58::

Ketawa Hadi bergema. Hatinya tercuit dengan isi blog Umm Hadi.

Mindanya teringat Hello Kitty yang diberinya kepada Hanaa’. Dibeli ketika meronda bersama teman-teman. Teman-teman sibuk memilih, dia tertarik dengan Hello Kitty. Teman-teman dengan bangganya mengumumkan mahu beri kepada teman wanita. Hadi pula selamba berkata mahu berikan kepada Hanaa’. Bila ditanya siapa Hanaa’, Hadi hanya tersenyum.

Akibatnya, Hanaa’ ke mana-mana pun membawa Hello Kitty yang diberi nama Bibah. Langsung tidak boleh berenggang. Hadi sahaja yang boleh minta. Bibah pernah Hada sembunyikan selama tiga hari. Hanaa’ mogok sampai demam. Baba arahkan semua cari Bibah. Bila dah jumpa, Hadi jadi sasaran. Kerana Hadi lah yang belikan Bibah.

Hadi pula marahkan Hada. Ummi damaikan mereka.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home