Nota dari Pengarang


Lanjutan Catatan Ummi yang terbaru mungkin tidak selari dengan episod sebelum. Mohon maaf atas kekhilafan saya. Insya Allah saya akan menyusun semula siri ini supaya lebih tersusun. Terima Kasih.


Dari papan kekunci pengarang,
RAHMAH SAKINAH | 2:12 PM |

Wednesday, January 05, 2011

::110::

Pembentukan individu muslim tidak cukup melalui diskusi mingguan sahaja. Diskusi mingguan adalah nadi pembentukan tetapi ia belum dapat membentuk keseluruhan ciri. Masih memerlukan wasilah lain untuk membentuk individu muslim.

Maka, baru-baru ini ummi menyertai perkhemahan wanita. Kali terakhir penyertaan perkhemahan adalah ketika tahun terakhir di universiti. Mulanya ummi terbayangkan bahawa peserta perkhemahan hanya di kalangan orang muda. Ternyata sangkaan ummi meleset. Nenek-nenek dan ibu-ibu sebaya mama dan ibu antara peserta. Malah, mereka lebih bersemangat dari orang muda!

Melihatkan usia peserta, ummi menjangkakan aktivitinya tidaklah lasak mana. Maklumlah, orang tua... sudah sakit-sakit lutut, sendi sudah longgar, penyakit-penyakit lain pun sudah hinggap. Jangkaan itu hanya tepat untuk aktiviti jungle trekking. Laluan yang dibawa tidak terlalu jauh. Tetapi, aktiviti di tempat tujuan cukup mencabar. Tambah-tambah para ibu pun merupakan generasi yang menggunakan dapur gas untuk memasak. Inilah cabaran kami... memasak di tengah hutan dengan menggunakan peralatan dari sumber hutan juga.

Manakala, halangan-halangan tetap mencabar. Bagaimanapun ia pengalaman yang indah. Menyaksikan semua peserta, tidak kira usia, bersemangat mengalihkan ketakutan untuk menghadapi segala halangan. Aktiviti repelling terutamanya. Flying fox tidak dinafikan momen yang menyeronokkan. Aktiviti yang mudah... takut atau tidak, bila sudah berbuai ketakutan hilang begitu sahaja.

Objektif utama perkhemahan tidak lain, untuk menguji ketahanan fizikal. Fizikal yang kuat dan sihat merupakan antara ciri yang perlu ada pada mereka yang mengaku sebagai ahli tarbiyyah. Disamping itu, peserta perkhemahan juga berpeluang berukhuwwah dengan peserta dan juga penganjur. Selain dari dua perkara ini, perkara yang ingin ditekankan ialah tadabbur alam. Ummi amat gemarkan yang ini.

Perkhemahan ini juga dijadikan refleksi kehidupan para sahabiah. Walaupun perempuan, mereka juga menyertai peperangan. Nusaibah binti Kaab umpamanya, mempertahankan Rasulullah s.a.w. sedaya-upanya ketika perang Uhud. Mereka juga berperanan sebagai jururawat. Apabila keadaan begitu genting, mereka juga berjuang sepertimana seorang lelaki. Wah! kita hari ini apabila mencecah usia 40 tahun, sudah tidak larat. Macam-macam penyakit hinggap. Bagaimanalah mahu berjuang?

Perkhemahan juga mampu membantu peserta menguasai diri. Ketika perkhemahan, semua peserta perlu bekerjasama mematuhi disiplin yang ditetapkan. Ummi rasa kagum dengan makcik-makcik ini kerana mereka mampu mematuhi disiplin. Tidak ada yang didenda.

Suasana perkhemahan yang dicipta sebenarnya mempersiapkan individu-individu untuk berkecimpung di medan dakwah. Betapa cabaran dakwah di luar sana mesikpun tidak selasak aktiviti perkhemahan, ia begitu mencabar mental dan emosi.

Menyertai perkhemahan, perlu meninggalkan segala kemudahan dan keselesaan. Begitu juga orang-orang tersayang. Dan itulah inspirasi perjuangan di medan. Hadi dan Huda ditinggalkan bersama baba. Kerana ummi ragu untuk berpisah jika dekat sahaja.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home