Nota dari Pengarang


Lanjutan Catatan Ummi yang terbaru mungkin tidak selari dengan episod sebelum. Mohon maaf atas kekhilafan saya. Insya Allah saya akan menyusun semula siri ini supaya lebih tersusun. Terima Kasih.


Dari papan kekunci pengarang,
RAHMAH SAKINAH | 2:12 PM |

Saturday, February 23, 2008

::57::

Baba tidak habis-habis ketawa mengetahui perempuan-perempuan remaja gemarkan anak patung. Ummi pamerkan wajah tiada perasaan. Kalau bela mereka, nanti ummi pula dikatanya sama. Sedangkan ummi tidak pernah ada anak patung kesayangan sejak tadika. Nak manja-manja, main lah dengan adik atau anak-anak jiran.

Ummi tertanya-tanya juga, kenapa lah rakan-rakan ummi obses dengan anak patung. Mashimaro, Garfield, Pooh. Bukan kecil, sama besar dengan mereka. Yang ini untuk dipeluk ketika tidur. Saiz lain pun ada, tersusun rapi di katil. Pelik, untuk tidur sahaja perlukan bantal sebanyak itu. Ummi boleh lelap tanpa alas di mana sahaja. Langsung tidak fikirkan bantal mahupun selimut.

Jumpa anak-anak kecil, patung yang sama dikelek ke sana sini. Apa beza remaja dan anak-anak kecil perempuan? Macam lebih kurang sahaja. Dua-dua sukakan anak patung. Anak patung merangkap bantal busuk. Kalau tidak ada, tak dapat tidur.

Semasa bersekolah dahulu, ketika program bermalam di sekolah, ada seorang pelajar perempuan membawa Garfield kesayangannya. Guru lelaki merangkap ayah kami di sekolah nasihatkan kami dengan lemah lembut. Dia terangkan, anak-anak patung mainan anak-anak kecil untuk mendidik sifat keibuan. Sudah tidak sesuai lagi untuk remaja seperti ummi dan rakan-rakan waktu itu. Alhamdulillah, pelajar perempuan terkesan dengan nasihat itu. Sudah punya dua anak pun dia.

Manja, mengada-ngada. Dua sifat remaja yang dididik tanpa jemu oleh ibu, ayah dan guru ummi agar tidak disalahgunakan dan tidak dominan. Sifat yang menyebabkan generasi hilang jatidiri menjadi orang yang terlalu bergantung pada orang lain. Sedang orang yang beriman pergantungannya hanya pada Allah semata.

Lagi pula, jika anak patung itu pemberian seseorang yang bukan mahram, ia akan mengingatkan si pemberi. Mungkin juga menyebabkan semaraknya perasaan yang tidak sepatutnya pada si penerima. Pemberian simbol perasaan.

Muslim hari ini sudah tidak ada semangat juang. Lesu satu macam. Tidak lagi berkobar-kobar seperti masa lalu. Agenda syahid bukan lagi yang terutama. Usah jiwa, harta pun amat sukar untuk disumbangkan.

“Ummi...” seru baba.

“Ya?” ummi menyahut.

“Apa anak patung kegemaran ummi?” soalnya selamba.

Bulat mata ummi. Geram sungguh dengan soalan yang mahu mengenakan ummi. Ummi alihkan pandangan dan lenyapkan diri dari pandangan baba.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

cara menarik utk tackle isu ini.=)

5:00 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home