Nota dari Pengarang


Lanjutan Catatan Ummi yang terbaru mungkin tidak selari dengan episod sebelum. Mohon maaf atas kekhilafan saya. Insya Allah saya akan menyusun semula siri ini supaya lebih tersusun. Terima Kasih.


Dari papan kekunci pengarang,
RAHMAH SAKINAH | 2:12 PM |

Sunday, May 12, 2013

Lelaki vs Perempuan

Versus. Macam catatan pendek. Ikutilah.

Apabila lelaki mahupun perempuan lambat berkahwin, salah satu tohmahan yang diberikan ialah terlalu memilih. Salahkah memilih? Nabi ﷺ anjurkan memilih. Dan bagi lelaki mahupun perempuan, saya ucapkan syabas jika anda dilabel terlalu memilih kerana pilihan teratas adalah agama.

Inilah saya mahu jelaskan.

Jika lelaki memilih perempuan beragama, cantiknya dia tolak ke tepi. Peribadi yang terkurang juga dia tolak ke tepi. Kriteria keduniaan semuanya ditolak ke tepi. Tetapi dia akan memilih seseorang yang akan membantunya ke syurga. Yang mudah mampu taat kepadanya (sang lelaki) sebagai suami, dengan syarat dia tidaklah melampaui batas, memahami tanggungjawab dan hak pasangan.

Begitu juga perempuan. Memilih yang beriman. Kriteria keduniaan ditolak ke tepi. Supaya dia mudah untuk taat. Tidak berbolak balik. Tetap dengan apa yang dipilih. Kerana dia memahami tanggungjawab dan haknya serta pasangan.

Satu matlamat. Ubudiah, melalui perkahwinan. Yang melayakkan mereka ke syurga. Demi meraih redha Allah.

Mahu huraian lagi? Saya percaya blog ini tiada pembaca.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home