Nota dari Pengarang


Lanjutan Catatan Ummi yang terbaru mungkin tidak selari dengan episod sebelum. Mohon maaf atas kekhilafan saya. Insya Allah saya akan menyusun semula siri ini supaya lebih tersusun. Terima Kasih.


Dari papan kekunci pengarang,
RAHMAH SAKINAH | 2:12 PM |

Wednesday, March 16, 2011

::111::

Kisah yang disampaikan mursyid tempoh hari masih berdengung di ingatan ummi. Ianya berkenaan pasangan suami isteri yang obses dengan dakwah. Kisah yang menyentak naluri selesa dan cukup dengan apa yang ada. Amat bersesuaian dengan tajuk tempoh hari.

Baca ya perkongsian ummi ni...

Kisahnya berkenaan sepasang suami isteri yang begitu komited dengan tarbiah dan dakwah. Mereka menyentuh banyak hati dan bersilaturrahim dengan ramai orang. Mereka merupakan pasangan yang disenangi. Bagaimanapun, mereka belum dikurniakan anak walaupun sudah lama berkahwin.

Kisah ini kisah yang benar-benar terjadi.

Lalu suatu hari, si isteri menyuarakan hal mereka yang belum dikurniakan anak. Rasanya apa reaksi si suami, ya? Tapi, jangan pula disamakan dengan baba!

Sang suami menenangkan si isteri dengan mengajaknya memperbanyakkan amal dakwah dan tarbiah. Lantas mereka sentiasa menyibukkan diri dengan amal yang diingini. Malah, rumah mereka dijadikan pusat aktiviti tarbawi.

Di suatu hari yang lain pula, sekumpulan ikhwah mendatangi rumah pasangan suami isteri ini untuk aktiviti iftar seterusnya berMABIT bersama-sama. Sementara tuan rumah sibuk menyediakan makanan untuk tetamu berbuka, bangun seorang akh memberi kata-kata aluan dan mengajukan permintaan supaya mendoakan pasangan yang komited ini agar dikurniakan zuriat yang soleh dan meneruskan kerja dakwah ini. Sebagaimana yang kita tahu, waktu hampir berbuka merupakan antara waktu doa mustajab.

Doa mereka tidak hanya ketika itu. Semasa qiamullail juga doa yang sama dipanjatkan. Mendoakan kesejahteraan tuan rumah dan semoga mereka dikurniakan zuriat yang soleh lagi musleh. Waktu sepertiga malam juga antara waktu yang doa mustajab. Usai program, mereka berpisah.

Tidak lama selepas itu, selang beberapa ketika, tuan rumah ini menyampaikan khabar isterinya berbadan dua. Pasangan suami isteri ini begitu gembira. Bagi mereka yang baru bertemu, mereka maklum doa mereka dimakbulkan Allah. Doa yang tidak diketahui oleh orang yang didoakan.

Perkara ini sampai kepada akh yang baru dua tahun berkahwin dan belum dikurniakan anak. Akh ini antara ikhwan yang turut mendoakan pasangan suami isteri tadi. Lantas beliau menjadikan rumahnya pula sebagai pusat aktiviti kerana ingin didoakan hal yang sama. Subhanallah!

Ummi sememangnya terpegun dengan kisah ini. Mungkinkah ummi dan baba juga didoakan oleh rakan-rakan agar dikurniakan zuriat? Mudah-mudahan mereka diganjari dengan sebaik-baik ganjaran oleh Pemberi Ganjaran.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home