Nota dari Pengarang


Lanjutan Catatan Ummi yang terbaru mungkin tidak selari dengan episod sebelum. Mohon maaf atas kekhilafan saya. Insya Allah saya akan menyusun semula siri ini supaya lebih tersusun. Terima Kasih.


Dari papan kekunci pengarang,
RAHMAH SAKINAH | 2:12 PM |

Saturday, February 21, 2009

:: Pesanan ::

Buat saudara-saudaraku yang mengaku benar-benar iltizam dengan islam dan sedang mengorak langkah ke perhentian hidup seterusnya.

Apa khabar? Sudah bersedia jadi pelindung sepenuh masa tanpa gaji untuk wanita yang bakal mengorbankan semuanya untukmu?

Aku mendengar lafaz ta'liq seorang saudaraku semalam. Beberapa kali mendengar penuh tumpuan, kali ini aku terkesan sesuatu... apakah bakal teman mu sudah dapat jaminan bahawa dia akan terjaga ketika ketiadaanmu? Engkau sudah tentu tidak dapat menjamin bahawa engkau akan sentiasa bersamanya. Engkau tidak tahu bila kamu akan dipanggil supaya kembali. Paling utama jaminan biaya bila engkau terpaksa meninggalkannya buat sementara. Selebihnya layanan baik dari ahli keluargamu supaya hati dan fizikalnya sentiasa dalam keadaan baik.

Aku juga mendengar ucapan seorang bapa menyerahkan anak perempuannya kepada lelaki ajnabi yang dipercayainya (thiqah) boleh dijadikan penjaga terbaik selepas dia. Bapa ini tatang anaknya bagai minyak yang penuh. Sedikitpun tidak dibenarkan disakiti. Pendidikan yang diberikan adalah yang terbaik... berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. Mewah dengan kasih sayang. Dimanjai dengan teguran berhikmah. Benar kamu boleh dipercayai?

Kemudian aku mendengar ucapan seorang ibu kepada anak perempuan... hatinya sentiasa ragu melepaskan anaknya untuk dinikahi. Sering merasa anaknya tidak pandai serba serbi. Ucapannya lebih kepada pesanan. Supaya menjaga akhlak; sesuai dengan didikannya bersama bapa selama ini. Pesannya lagi, jangan disakiti hati penjaga barunya. Dihalalkan segalanya untuk anak kesayangan. Minta supaya si anak tidak melupakannya nanti.

Akhir, aku mendengar ucapan anak perempuan itu. Dia mengucapkan kata-kata penghargaan yang tidak terhingga. Aku yang mendengar begitu terharu. Dia memberi janji kepada ibubapanya untuk mengingati dan mengamalkan pesanan ibu.

Wahai saudaraku,
Ucapan bapa dan ibu itu begitu simbolik. Soal lah dirimu apakah engkau sudah bersedia bersabar lebih dari ibu bapanya? Engkau berharap dia akan jadi penyokong kuatmu seperti Khadijah dan Fatimah, ada kah bersedia menyokong dia juga? Engkau juga berharap dia bakal senekad Asiah menyuarakan dan mempertahankan haq, ajarilah dia tentang itu. Mahu dia secerdas Maryam, engkau lah pembimbingnya.

Saudara,
Dia bakal engkau bawa ke dunia asing.. jauh dari keluarga serta teman-teman rapatnya. Dia keseorangan mendampingi kamu di dunia itu. Walau sesibuk mana engkau cuba menyesuaikan diri, jangan sesekali melupakan langkah yang telah kau orak sebelum ini. Mungkin keadaan jalan itu terlalu curam. Bagaimanapun mesti diteruskan. Jika tidak, engkau tidak akan dapat melihat pemandangan yang cantik dari puncak.

Engkau mahu dia memahamimu, aku minta engkau fahami dia dulu. Salah faham sebesar kuman pun boleh dijadikan alasan untuk melafazkan talaq. Lihat saja kes-kes di mahkamah syariah tidak kunjung selesai, kes-kes baru sudah pun menunggu giliran walau kaunter sudah ditutup. Bukan setakat fahami, engkau juga perlu menerima seadanya. Jangan sesekali memaksa dirinya. Ibubapanya pun tidak memaksa menerima engkau, bukan?

Aku berpesan di sini untuk berkongsi rasa hati 6 orang penting dalam persetujuan melaksanakan walimah. Berkali-kali sepanjang hidup yang singkat ini, hal-hal yang aku pesan itu berbangkit. Lelaki, ayah lelaki, ibu lelaki, perempuan, ayah perempuan, ibu perempuan. Persetujuan bukan untuk walimah sahaja, bahkan untuk sampai bila-bila.

Sekian.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home