Nota dari Pengarang


Lanjutan Catatan Ummi yang terbaru mungkin tidak selari dengan episod sebelum. Mohon maaf atas kekhilafan saya. Insya Allah saya akan menyusun semula siri ini supaya lebih tersusun. Terima Kasih.


Dari papan kekunci pengarang,
RAHMAH SAKINAH | 2:12 PM |

Thursday, February 21, 2008

::Risik-risik, jeling-jeling::

Entah apa yang bermain di minda Syafikah. Pandangannya seolah-olah tembus. Sudah beberapa kali Maisarah melihatnya begini. Syafikah terlalu berahsia. Masalahnya jarang diluahkan. Jika Syafika mahu bercerita, dia akan bercerita dengan sesiapa sahaja. Namun, Maisarah sedar, banyak lagi yang dirahsiakan Syafikah meskipun dia bersahaja.

* * * * *

Bagaimana harus aku tangani masalah ini? Detik hati Syafika. Dia sekali-kali tidak mahu melayan perasaan. Masih jauh lagi perjalanan hidupnya. Bukan itu matlamatnya sesudah berjaya melangkah ke tahap ini. Mengapa nama itu juga yang diingatinya?

Dia tidak pernah terbuka berbicara tentang itu. Syafika boleh berbicara apa sahaja tetapi tidak mengenai gelodak jiwanya yang mahukan B sedang dia mahu A. Adakalanya Syafika bosan dengan dirinya sendiri. Adakalanya dia sesak sendiri. Sudahnya fikirannya menerawang begitu sahaja.

Syafika begitu asyik memerhati sekelilingnya. Mindanya ligat berfikir. 'Adakah aku perlu menjebakkan diriku seperti mereka untuk menyelesaikan masalahku?' Syafika tiada jawapan.

“Brengsek!"

Tidak mampu lagi Syafika memandang mereka-mereka yang sedang memaksiati Allah do hadapan matanya. Lalu dia mengalihkan pandangannya. Dia terpandang sepasang merpati.

'Haiwan tidak perlukan akad dan nikah untuk bersama.. tetapi manusia ada adab dan peraturannya. Itulah bezanya hubungan manusia dan haiwan.' Tiba-tiba minda Syafikah terlintas begitu. Kemudian dia kembali bertumpu pada masalahnya.

Gawat sungguh... aku dalam keadaan kritikal begini pun masih sempat fikirkan tentang dia? Lalu mindanya bergerak aktif.... mencari pro dan kontra penyelesaian. Dia sedar, Allah sudah pun setkan siapa jodohnya. Kerana itu dia tidak pernah menerima mahupun membuat pelawaan.

Apa gunanya? Banyak yang dia saksikan, rosak disebabkan hal itu. Lelaki dengan caranya, perempuan dengan caranya. Ghazwatul Fikr berjaya dimainkan! Tetapi, Syafikah tidak mahu tergolong dalam golongan itu... golongan yang tidak mempedulikan orang lain, hanya mengutamakan dirinya sahaja. Bukankah mengutamakan orang lain itu lebih besar nilainya?

Syafikah tidak nafikan, orang yang menghantuinya cukup segala. Agama, akhlak, rupa dan keturunan. Dia hanya mengenali orang ini dari jauh sahaja. Melalui cerita-cerita orang dan pemerhatian sahaja. Tidak pernah merapati. Tidak pernah menghulurkan salam perkenalan. Tidak pernah mahu meniru perbuatan Zulaikha terhadap Yusuf.

Sesekali dia mengimbau kisah Khadijah melamar Muhammad. Khadijah ada segala. Mana boleh disamakan kisahnya terhadap Faruk. Khadijah ada nama. Keturunan terpilih. Hartanya banyak. Akhlaknya juga terpuji. Sedang Muhammad tiada harta meski baginda juga dari keluarga yang mulia. Anak yatim piatu. Apabila Allah memerintahkan supaya Muhammad menyebarkan Islam, Khadijah lah yang menyokongnya. Sokongan bukan sahaja dalam bentuk motivasi, tetapi juga material.

Tetapi aku ada apa? Fikir Syafikah. Dia sudah melihat sendiri kawannya dicemuh teman lelakinya. Hanya kerana kawannya itu yang memulakan langkah dalam hubungan mereka. Syafikah tidak mahu itu berlaku.

Syafikah sendiri punya ciri yang dia mahukan. Dia mahu seorang yang bergerak dalam dakwah sepertinya. Bukan orang yang memikirkan soal remeh temeh. Setiap masanya adalah untuk dakwah. Dia mahu berkhidmat kepada orang sebegini. Dia mahu jadi sokongan kepada orang ini.

Uhuk... Uhuk

Dadanya terasa sesak seketika. Ada orang merokok rupanya. Dia terlupa, dia berada di tempat awam. Bukan dibawah kuasanya untuk melarang orang merokok. Ini satu lagi ciri yang dimahukannya, tidak merokok! Syafikah senyum sendirian.

'Lupakan Faruk!' putus hatinya. Mindanya terasa bebas tiba-tiba.

* * * * *

"Oi cik kak! Tak ingat nak balik ke?" Maisarah menepuk bahunya. Syafikah tersentak.

"Lah... nak la... busuk ni..." respon Syafikah.

Mereka jalan beriringan pulang ke rumah. Selepas subuh pagi tadi, keduanya keluar bersenam di taman rekreasi berdekatan.

10.17 am 18 November 2005

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home